Tiba-tiba lenaku
Diganggu suara
Dalam ulitan
Mimpi indah
Dibalut wajah keibuan
Kau mengejutkan aku
Untuk turut sama
Menikmati kegelapan malam
Aku tak tahu
Di mana letaknya
Keindahan malam
Gelap pekat ini
Ku dengar suara
Halus manja
Membisik di telinga
Menyanyikan lagu rindu
Dan jemari lembut
Mengusap ubun-ubunku
Hampir melenakan aku semula
Dalam lenaku yang tak lena
Kau juga tak lena di sana
Kerana beberapa malam ini
Telah ku jelajahi kegelapannya
Bersama mimpi-mimpi
Dengan nada suara
Dalam senandung yang ku cipta
Untukmu Zubaidah
Download:
No comments:
Post a Comment