Saturday 22 September 2012

Scan - Yang Kalut di Fikiran

Ku semai kasih
Di halaman kontang
Jenuh aku membaja
Tunasnya layu jua

Berkali ku ucap
Ingin memilikimu
Kini baru ku tahu
Semua itu mustahil bagiku

(korus)
Oh..
Tidak tergambar
Hati yang terbakar
Zahir tak menentu
Batin lebih dari itu

Ohhhh..
Hanya wajahku terlukis ketenangan
Sedangkan di dalam hati berkocakkan
Kalau itulah semua
Potretmu lumat di genggaman

Oh..
Andai ku tahu
Pahitnya hempedu
Tidak mungkin aku menjadikan santapan
Oh….oh..

Begitulah boleh ku umpamakan
Bercinta denganmu tinggalkan kesan
Menyesal dan terkilan
Tak putus berlegar kekalutan fikiran

Cuba kau tanya
Diri sendiri
Apa perasaanmu
Kalau aku lakukan begitu
Disaat engkau
Masih memerlukan aku

(ulang korus)

Download:


Friday 21 September 2012

Pelatih Maktab Perguruan Kinta - Perak Oh Negeriku

Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan

Kuala Kangsar Bandar Diraja
Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri

Bukit Larut
Waktu malam... berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan

Di tengah samudera biru
Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang

Lihat padi menguning
Menambah seri Daerah Kerian
Di Hilir Perak
Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku

Kinta daerah tengah
Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah
Tempat keputeraan seri sultan

Hulu Perak nun di utara
Kaya dengan sumber hasil hutannya
Sungainya tersergam
Empangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan

Pasir Salak bersejarah dan berdarah
Dato Sagor Dato Maharajalela
Gugur pertahankan bangsa

SITC maktab tertua
Gedung ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan
Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman

Perak makmur bahagia
Dengan sembilan daerah yang ada
Betapa indah tanah air tercinta
Sejahteralah Perak oh negeriku
Perak... Perak... oh negeriku.

Watch:



Liyana Jasmay & Altimet - Oh My English!

Oh My English!
Oh My English!
Oh My English!
[Pre-Chorus]
Bahasa Inggeris tak tahu
Fikiran boleh buntu
Lidah pun jadi kelu
Menjadi kelu
Tolonglah aku
Oh My English!
Yeah! Yeah! Yeahhhh!
[Chorus]
Jom kita masuk kelas
Fikiran jadi cerdas
Syoknya tidak terbatas
Tidak terbatas
Jangan terlepas
Oh My English!
Oh My English!
Hello class is in session
Put your hands up if you have a question
Yeah! Kelas sudah bermula
Sila ambil nota kalau tak mahu lupa
Takkan kenal takkan cinta

Download:


Wings - Ranggi Metropolis

Saat ini Di Mana Degupan Ah
Sehari Sebulan Setahun Menunggu
Datang Ke Kota Simpang Berjuta
Apa Tahu Cari Jalan Pulang

Semakin Dekat Semakin Jauh
Semakin Hampir Sampai Penamat Hilang
Kita Tahu Bukannya Ke Mari
Kabus Asap Timbul Hilang Tak Menentu

Lorong-lorong Hitam
Gelap Berpelita
Mana Lorong Terang
Belum Lagi Jumpa

Berapa Lama aku Mencari
Bulan Belum Jatuh Lagi Ke Riba
Mana Kenal Apa itu Jemu
Panas Api Yang Mengalir Di Belakang

Di Lorong-lorong Gelap
Cukup Sekali Datang

Luka Sendiri Membalut Hati
Lantas Terpatri Di Belakang Mimpi
Terlepas Dari Cengkaman Hari
Hanya Debu Berterbangan Bebas

Lorong-lorong Sesak
Kerumun Mangsa Rosak
Nafas Degupan Ah

Tak Kontemporari Ranggi

Semakin Dekat Semakin Jauh
Semakin Hampir Sampai Penamat Hilang
Kita Tahu Bukannya Ke Mari
Kabus Asap Timbul Hilang Tak Menentu

Di Lorong-lorong Hitam
Gelap Berpelita
Mana Lorong Terang
Belum Lagi Jumpa

Di Lorong-lorong Gelap
Cukup Sekali Datang
Nafas Degupan Ahh

Download: