Thursday, 7 February 2013

Ella - Pengemis Cinta



Suka dan duka silih berganti
Bayang dirimu menghilang kini
Mengapa adakah aku bersalah
Menangis hati memanggilmu
Teringat segala sumpah janjimu
Dahulu akulah suri hidupmu
(*)
Apakah upaya
Diriku wanita
Dan yang tinggal kini
Kedukaan
Tak akan ku jadi
Pengemis cintamu
Akan kubuktikan
Kepadamu
Luka di hati kurawat sendiri
Hari berlalu musim berganti
Dan kini kau ingin
Diriku lagi
(Ulang *)

Kopratasa - Senandung untuk Zubaidah



Tiba-tiba lenaku
Diganggu suara
Dalam ulitan
Mimpi indah

Dibalut wajah keibuan
Kau mengejutkan aku
Untuk turut sama
Menikmati kegelapan malam

Aku tak tahu
Di mana letaknya
Keindahan malam
Gelap pekat ini

Ku dengar suara
Halus manja
Membisik di telinga
Menyanyikan lagu rindu

Dan jemari lembut
Mengusap ubun-ubunku
Hampir melenakan aku semula
Dalam lenaku yang tak lena

Kau juga tak lena di sana
Kerana beberapa malam ini
Telah ku jelajahi kegelapannya
Bersama mimpi-mimpi
Dengan nada suara
Dalam senandung yang ku cipta
Untukmu Zubaidah 

Download:

XPDC - Lagu Dari Aku



Masih aku dengar bisikan suara itu
Membisik dalam hatiku
Kita dibuai mimpi ( 2X )
Ku nyatakan rindu padamu
Mungkin bagimu tak seluas
Lautan biru...

( korus )
Ku nyanyikan lagu untukmu
Mungkin bagimu tak seindah
Melodi syahdu...
( langit yang biru )

( 1 )
Merah biru hijau kuning
Adalah penantian
Hitam putih dan kelabu
Adalah kehidupan
Sedang dalam perjalanan
Pastikan dapat kuturutkan
Langkah ku ini

( ulang korus & 1 )

Download:

Hasnah Haron - Siti Zubaidah



Tersebutlah hikayat cerita yang lama
Seorang puteri bernama Siti Zubaidah
Suaranya merdu parasnya cantik jelita
Hingga terpikat seorang raja mulia

( korus )
Tetapi malang setelah jadi permaisuri
Suaminya di tawan oleh ketujuh puteri
Siti Zubaidah menangis siang dan malam
Memikir suaminya yang di dalam tawanan

Sebagai lelaki Zubaidah menyamar diri
Untuk mencari suaminya yang dicintai
Setelah puas menanggung azab sengsara
Akhirnya ia berjaya menuntut bela

( ulang dari korus )
Menuntut bela

Download:

M Shariff - Happy Birthday



Hanya dengan laguku
Ku dendangkan kepadamu
Dimajlis yang bahgia
Sempena hari jadimu

Dengar nyanyian ku ini
Yang ku ciptakan untukmu
Asalkan semua terhibur

Happy Birthday To You (4X)

Alangkah malunya diri
Tiada hadiah ku beri (2X)

Untukmu si cantik manis
Alangkah sedih sekali
Kau seorang yang berada
Hidup dalam kemewahan

Hari ini hari mulia
Genaplah sudah usiamu
Ku berdoa selalu
Semoga tercapai cita

Happy Birthday To You (4X)

Ramai para tetamu
Jauhkan diri dariku

Memangnya ku tidak layak
Hadir majlis begini
Mulanya ku tidak mahu
Kerana mu ku disini

Hanya dengan laguku
Ku dendangkan kepadamu
Dimajlis yang bahgia
Sempena hari jadimu

Happy Birthday To You (4X)

Download:

Watch:

Sunday, 3 February 2013

P Ramlee, A.R Tompel & Ibrahim Din - Sua Sue Kemuning



Sua sue kemuning
Sua sue kemuning
Sua sue kemuning
Istimewa raja

Limau purut lebat di dahan
Batang selasih condong uratnya
Lapar perut dapat ku tahan
Hati sakit apakah ubatnya

Sua sue kemuning
Sua sue kemuning
Sua sue kemuning
Istimewa raja

Anaklah beruk di atas kajang
Di tepi paya pokok selasih
Jalanlah buruk belanga pecah
Itulah tanda nasi dah habis

Sua sue kemuning
Sua sue kemuning
Sua sue kemuning
Istimewa raja

Ular lidi asyik ketawa
Melihat kambing mencuci kaki
Siapa kata do re mi tak lapar
Cuba jemput makan kenduri

Sua sue kemuning
Sua sue kemuning
Sua sue kemuning
Istimewa raja

Download:

P Ramlee - Tiada Kata Secantik Bahasa



Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjuk perasaan

Oh... dinda puspa gemala
Mengharum jiwa
Hmm...

Oh... dinda puspa gemala
Mustika kanda...

Walau musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda

Download:

Exist - Untukmu Ibu



Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

( 1 )
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

( 2 )
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

( 3 )
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

( ulang 1, 2, 3 )

Ibu...

Download:

Wings - Krisis di Pertengahan Hidup



Kau entah kemana
Malam kian berakhir
Aku membatu di hujung katil
Sedang anak kaku terbujur dingin
Bermimpi di ulit ibu

Aku jadi gila
Bila engkau tiada
Kata bernikah kalau tak cinta
Lapan tahun bagai semalam bersanding
Tersasar haluan kita

c/o
Ini kah dia krisis di pertengahan hidup
Menuntut pegertian merdeka
Percintaan dulu bagai satu kepuraan
Ke hulur ke hilir entah kemana

Aku andai kan
Kira nya kau kembali pagi ni
Akan ku singkap setiap helai
Perjanjian yg terentera (ulang c/o)

Download:

Wings - Midnight Blues



Si manis dibelakang Kaw Loon rupanya sang khunsa
Ada juga wajah yang pernah ku lihat di akhbar
Jam 11.30 masih ada tawar menawar

Malam semakin dingin jalan Chow Kit tetap bahang
Aku yang lahir di sini rasa macam pendatang haram haram
Yangg berdusta di kampung berlindung di bukit bintang
Yangg telah pudar usia berlindung di lorong hitam
Hidupnya tersisih sampah masyarakat

Kota ini penuh dengan projek gajah putih
Sungguh indahnya malam tapi aku masih gusar gusar gusar
Fikirkan masa depan apa yang harus ku lakukan
Kelab malam putar alam ada orang tua menari ronggeng
Frustasi anak bini sedang menanti

Sebuah lorong sunyi ada tukaran wang dan barang
Dimenara tinggi ada insan sedang mengawan
Tak daya ku tahan lagi membuat aku mahu menjerit Jerit
Marah pada siapa marahkan pada blues
Lagu blues tengah malam
Malam malam minggu yeahh yeahh

Download:

Wings - Potret Monalisa



Engkau tersenyum di jendela
Memukau mata mempesona
Muncul yang jadi tanda tanya
Buat engkau di kagumi

Kehadiran penuh misteri
Bertambah berbagai cerita
Dengan sentuhan warna gemilang
Kau menawan dunia

( korus )
Monalisa
Wajah yang diagungkan
Hingga mengorbankan nyawa
Disanjung penciptanya

Monalisa
Apakah tujuan
Engkau diciptakan
Apakah rahsia
Di sebalik potret itu
Oh...

Download:

G.E.T - Terima Kasih Cinta Kedua



Tika aku
Mendendami kisah-kisah yang lalu
Engkau hadir
Membongkar rahsia hatiku
Kini cinta kasih berdua
Tak terdaya menahannya
Mengapakah kau temukan dia
Akhir nya akan kecewa
Masih ada
Insan yang lebih memerlukan cinta
Niat suci
Mengubati hatiku yang luka ini
Aku ucapkan terima kasih
Terhadap cintamu padaku...
(chorus)
Pergilah wahai kasih
Tinggalkanlah rasa cinta
Ku tak ingin membiarkan
Kau layu di jambangan ku
Ku tak rela mendustai
Ada rasa dalam hati
Pada kasih ku yg pertama
Ku masih merindui..
(chorus)
Pergilah wahai kasih
Tinggalkan lah rasa cinta
Ku tak ingin membiarkan
Kau layu di jambangan ku
Ku tak rela mendustai
Ada rasa dalam hati
Pada kasih ku yg pertama
Ku masih merindui..
Jika aku
Mendendami kisah-kisah yang lalu
Engkau hadir
Membongkar rahsia hatiku

Download:

Alleycats - Gerimis Senja



Ku terpegun di jendela bila hujan gerimis senja
Tak ku lihat di hadapan ku diri ku dalam lamunan
Tiada lain yang ku bayangkan hanyalah peristiwa itu
Dosa-dosa yang ku lakukan tetap mengganggu batin

Tanya pada diri apakah ini semua cobaan belaka
Kesal ku tak berakhir menduga keyakinan ku kepadanya
Batin ku menjerit namun tiada suara

Aku cuba menyatukan semua harapan yang berkecai
Tuhan ku bimbingkanlah diri ku agar kesal ku hilang
Gerimis sungguh mencengkam tiada dapat ku tahan lagi
Sungguh-sungguh tak ku menduka hingga jadi begini

Download:

Saturday, 2 February 2013

Ainan Tasneem - Aku Suka Dia



Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia

Download:

Jamal Abdillah - Kau Lupa Janji



Kau katakan kau menyayangi diriku
Ku percaya segala kata-katamu
Apa saja kau hajati
Aku cuba memenuhi
Kerna ingin menjaga hati

Kau katakan biar apa pun terjadi
Kau dan aku sama-sama menghadapi
Paras rupa bukan ukuran
Bila hati dah berkenan
Kernamu rela berkorban

Aku selalu memikirkan masa depan
Antara kita berdua hidup bersama
Setiap kali ku lahirkan hasrat hati
Kau pintaku memutuskan perhubungan

Sejak itu ku tak pernah kau kunjungi
Teman barumu lulusan luar negeri
Berkereta sana sini
Diriku tak kau kenali
Mudahnya kau lupa pada janji

Download:

Mojo - Andai Ku Bercinta Lagi



Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangatku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu rasa ku mati

Download:

Alleycats - Senyumlah Kuala Lumpur



Kuala Lumpur senyumanmu
Dipagi ini
Sungguh bererti
Kerna cinta bersemi lagi
Setelah kemarau panjang

Dilebuhraya
Dipapan tanda
Tergambar wajahmu
Dengan kalimat
Cinta untuk kita
Semoga kekal selamanya

( korus )
Bila ku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Berganding tangan
Kita berdua
Menyusuri jalan
Ditengah kota
Sambil senandungkan lagu
Lagu kisah cinta lama

Bilaku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Terimakasih kuucapkan
Oh kepadamu
Kuala Lumpur
Kerna kau telah temukan
Cinta antara kami berdua...

Download: